Friday, February 13, 2015

INSTITUT KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK
TENTERA DARAT (IKED)


Sejarah Penubuhan


Sebelum tahun 1957, semua latihan rekrut, ketukangan asas dan peningkatan untuk anggota-anggota Semboyan dijalankan di Signal Training Wing, Port Dickson dan di Signal Training Centre (Far East), Singapore. Pada tahun 1958, Pusat Latihan Rekrut telah ditubuhkan di Port Dickson untuk menjalankan latihan asas anggota Tentera Darat sementara semua latihan ketukangan diserahkan kepada Rejimen dan Kor masing-masing. Berikutan dengan perkembangan tersebut, pasukan Semboyan telah menubuhkan sebuah Training Troop di dalam organisasi Army Signal Squadron.
Penubuhan trup ini merupakan titik permulaan bagi era penubuhan IKED. Tujuan trup ini ditubuhkan adalah untuk melatih anggota-anggota Semboyan di dalam bidang perhubungan. Pada ketika itu Rejimen Semboyan yang sedang dalam proses pembesaran memerlukan tambahan anggota untuk mengisi kekosongan khidmat bekas anggota Tentera British dan pinjaman dari Royal Signal telah diambil masuk berkhidmat dalam Federation Signal. Tindakan ini merupakan langkah sementara untuk mengisi perjawatan Federation Army Signal Squadron. Trup latihan ini ditempatkan di Kem KEMENTAH, di mana pasukan 91 Rejimen Semboyan Diraja berada sekarang. Pada masa tersebut, bangunan-bangunannya adalah merupakan bangunan yang diperbuat daripada papan dan zink dan dikenali sebagai WADE WING.
 
Sempena penganugerahan gelaran DiRaja kepada Rejimen Semboyan, Sekolah Semboyan telah ditukar secara rasminya kepada Sekolah Semboyan DiRaja pada 6 Jun 92. Sesuai dengan pembangunan pesat yang dialami terutama peningkatan jenis dan taraf kursus-kursus yang dikendalikan, Sekolah Semboyan telah dipilih sebagai Pusat Cemerlang Latihan Teknikal Tentera Darat dan sekali lagi ditukar kepada designasi baru sebagai Institut Komunikasi dan Elektonik Tentera Darat atau IKED berkuat kuasa pada 21 Dis 94.

 Wawasan.       Menjadikan IKED sebuah Pusat Latihan Komunikasi, Kejuruteraan Elektronik dan ICT yang cemerlang dalam Tentera Darat.

Visi.    Menjadikan sebuah pusat latihanTentera Darat yang unggul dan cermerlang dalam kejuteraan komunikasi, sistem informasi dan sistem keselamatan yang berkaitan denganya.
 
Misi.   Mengeluarkan anggota Tentera Darat yang mahir dan berketerampilan dalam bidang komunikasi, kejuteraan elektronik dan ICT.























.      

 

No comments:

Post a Comment